Monday, February 6, 2012

Sakinah Cantik :')

Hello assalamualaikum :)

Baca tak post before ni ? Yang tu time aku malas nak type tadi . Ni aku nak sambung . Time tengah kait buah rambutan tadi , adalah pak cik ni pun tengah kait juga . Baju lebih kurang ayah je , kemeja kotak kotak . Ayah cakap , panggil dia Pak Cik Yasin :)

Okay , aku bukanlah nak bercerita pasal kemeja Pak Cik Yasin atau buah rambutan yg banyak walhal bukan juga nak cerita pasal aku kait rambutan pakai baju kurung . Sebenarnya , sedang aku mengait buah ni mama panggil suruh salam isteri Pak Cik Yasin . Almaklumlah dia duduk sebelah dgn rumah atuk dulu :) Bila aku salam dia , sekali dia cakap * Cantiknya , muka macam Pait ( Mak Ndak aku yg duduk Singapore ) . Putih , tinggi , dia ni banyak dpt kat sini . Maksudnya , aku banyak ikut belah ayah . Putih , cantik . Hehe :') 

Aku bersyukur , dalam banyak banyak orang dalam dunia ni ada lagi orang nak cakap aku cantik :) Eh , yg nak cakap aku perasaan ke apa , lantak le . Mak cik tu takkan menipu aku , haha :p Kbye

Sunday, February 5, 2012

Weekend Terbaik (Y)

Hello assalamualaikum :)

Tak nak cakap banyak pun , kalau time sekarang ni SSPian mesti berarak * i mean pg tadi lah . Aku berarak juga , pergi rumah org kawin , MRSM Ada Faiz . And last sekali balik kampung jap . Hoooooyeah , kait rambutan and langsat :) Dekat rumah lama atuk :) Naaah tengok ,












Nampak , tak bohong kan . Pakai baju kurung maknanya baru balik rumah org kawin (Y)

Saturday, February 4, 2012

Zamarul Hisham :)

Assalamualaikum :)

Siapa tak kenal Zamarul Hisham ? Sorry le tp aku memang minaaaaaaat dekat dia sejak azali lagi hihi :) Bagi aku dia handsome gila sebabnya dia selalu berlakon baik and ada lah ciri ciri lelaki yg aku suka . Tadi tgk drama yg dia lakonkan * sumpah cair perempuan tgk hehe :D Ada je orang yg tak sokong pendapat aku , tp MOSTLY ORG YG AKU TANYA SEMUA SETUJU (Y) 

Ada sekali ni dia berlakon jd askar :) Alaaaah lantak le orang nak cakap dia dah tua ke apa , tp bg aku dia still hot . Aku suka lelaki yg banyak muscle . So kalau muscle tak banyak , takpayah nak berangan eh ? Haha kidding . Jodoh di tangan Tuhan :)

So sebenarnya , kalau aku cakap org muka macam Zamarul Hisham tu maknanya dia baik , boleh lah jd imam untuk isteri dia nanti . Tak semestinya aku minat dia macam aku minat Zamarul Hisham ni :) Walaupun aku taktau sebenarnya Zamarul Hisham ni mcm mana , tp cukup lah lakonan dia membuat kan aku minat dia and boleh buat pengajaran orang . I love you my Zamarul Hisham :')

Bukanlah menuju kepada siapa siapa buat masa ni , cukuplah sekadar cakap dekat bakal suami aku yang aku pun taktau lg siapa orangnya :')

Aku Rindu Sayang Kamu :')

Assalamualaikum :)

Memandangkan hari ni 12 Rabiul Awal , mari lah kita perbanyakkan lagi selawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW :') Jangan ingat sebab Maulidur Rasul je kita kena buat baik ke apa . Cuma perbanyakkan , i repeat perbanyakkan eh :)

' He taught us that even a smile is a charity ' 

Macam yg post before ni , senyum kan sedekah :) Tak susah pun nak beramal di jalan Allah ni . Keep smiling :) Okay cakap pasal Maulidur Rasul ni , aku teringat dulu dekat sekolah mesti buat perarakan . Mesti (Y) Rindunya , kat rumah tak boleh buat . Takkan le nak berarak sorang sorang keliling taman kan ? Hehe . Bukan part berarak tu yg seronok sangat tp dapat selawat ramai ramai and aku lead kat depan sekali :) 

Second Part pula , after tu mesti ada ceramah . Yang aku ingat lah , ramai je yg mcm tidur dgr ceramah . Tapi aku dgn Patty kot *rasanya , tak ingat . Bersemangat dgr . Hei dulu aku suka kot hafal sirah , Tak caya tanya budak kelas aku seperti Farah D :) 

Kalau lah Nabi Muhammad SAW masih hidup , mesti takda lah org suka suka hati nak dating dating tempat sunyi , terkinja kinja dekat kelab malam , minum arak , buang bayi . Cuba fikir , memang dulu orang Jahiliah buat semua tu *kecuali kelab malam lah sebab aku tak rasa ada dulu zaman Rasulullah SAW . Tp cuba baca balik apa yg aku  tulis , ORANG JAHILIAH . Kita ni bersyukur lah lahir lahir je terus Islam . Jangan buat Islam tu sekadar atas IC je , okay ?

Semua yg aku cakap ni bukan nak menuding jari ke apa , just reminder untuk aku dan saudara saudara se-Islam yg lain . Assalamualaikum :)

Friday, February 3, 2012

Mimpi Mainan Tidur

Hello assalamualaikum :)

Actually aku hairan mimpi aku ni . Bukan sekali atau dua kali atau tiga kali . Tapi dah berkali kali aku mimpi pasal kau . Kenapa eh ? Rindu kot , tp buat apalah aku rindu kau kan ? Takpa , kalau mimpi mainan tidur . Biarkan je , takpayah fikir . Kalau ada maksud , Tuhan je lah tau . And moga bawa maksud yg baik :)

Memang aku rindu kau pun ,
sangaaaaaaat :')

Setiap Amalan Merupakan Sedekah :)

Hello assalamualaikum :)

Hello tu memandangkan stalker baru non-Muslim , takkan dia nak jawab salam kan ? So hello , nice to meet you :) Haha tiba tiba . 

Okay sebenarnya macam takda idea nak tulis apa . Tapi disebabkan dah cakap dekat Wani nak post something and sure esok dia nak blogwalking , so perah punya perah otak ni . Naaaah , i got an idea (Y)

First , malam ni malam Jumaat kan ? And td after solat Maghrib , aku terus amik Yaasiin and baca . Rasa mcm dah lama tak baca , rindu :') Aku doa mcm mcm and not to mention here . Orang kata kalau bgtau doa , susah nak makbul . Ye ke ? Entah lah , tp no point pun kalau aku bgtau aku doa apa kan ? Haha okay . Then aku ada lah baca satu buku ni , kak long's tajuk nya 1001 Reaksi Hati . Aku tak ingat siapa penulis dia yg pasti Ustaz apa entah and one guy named Nik something . Yang menariknya buku ni ditulis berdasarkan hadis and diolah dgn grafik yg menarik untuk menarik minat orang baca di samping mudah untuk difahami :)

Aku tertarik dekat satu muka surat ni , cakap pasal sedekah . 
' Setiap kebaikan itu merupakan sedekah ' 
* Gambar yg disediakan sangat menarik , ada seorang pengemis . Then dtg dua tiga org , bersihkan kawasan sekitar tempat pengemis , cat dinding , gunting rambut . Nanti upload gambar :)

Dulu time zaman tak berpelajaran sangat , aku ingat sedekah kena guna duit , banyak . Then , tangkap gambar , pegang cek besar . Astaghfirullah , kolot aku masa tu . Alhamdulillah , lepas belajar , aku faham maksud sedekah :) Okay , cuba buka buku teks tingkatan 5 Pendidikan Agama Islam , tajuk Adab Memberi Dan Menerima Hadiah Dan Sedekah . Basically ada 6 cara bersedekah berdasarkan buku teks tu ;

1. Senyuman 
Semua orang tau kan ? Nak sedekah senang je , senyum :) Selain menyejukkan mata memandang , boleh juga dapat pahala .
2. Amar Makruf Nahi Munkar
Maksudnya , mengajak ke arah kebaikan , mencegah kemungkaran . Kita ajak orang buat baik , dapat pahala . Cegah orang buat jahat , dia tak dapat dosa kalau dia tinggalkan kemungkaran , kita dapat pahala :)
3. Menyelesaikan Masalah Orang Lain
Tunjukkan jalan bagi orang yg sesat , pun dikira sedekah . Menyelesaikan masalah orang , juga sedekah . So , yg dekat sekolah tu kalau ada kawan tak reti Addmaths ke Account ke , tolong lah ajar . Dapat pahala :)
4. Membuang Perkara Menyakiti Di Jalan
Maksudnya bukan lah kita buang benda yg sakit dekat jalan . Tapi , kita tolong alihkan benda yg menghalang lalu lintas . Sebagai contoh , ada pelepah kelapa . Kalau kita amik letak tepi jalan , setiap kesenangan org yg lalu jalan tu kita dapat pahala :)
5. Wang Atau Harta
6. Khidmat 
Naaaah , ni lah yg dalam buku tu tunjuk , khidmat kepada peminta sedekah . Bukan tu je , setiap pertolongan kita yg membawa kepada kesenangan orang , dikira sedekah dan dapat pahala :)

Senang je kan nak sedekah ? Paling senang , senyum :) Dulu dekat sekolah , kalau orang rasa nak marah ke apa aku start lah lawak bodoh aku * im surely 5Tekunians tau :) semata mata nak buat orang tak jadi marah . Tp kadang kadang seram juga , karang tak pasal pasal kena sembur -.- Time kelas BM pun sama , Cikgu Rosmawati boleh lah dikategorikan sebagai garang . Bila nak cover tak siap homework je , adalah kitorang buat . Memanjang manjang kan discussion dan akhirnya jadi sesi gelak ketawa :) Aku ingat yg paling lawak pasal ketupat palas dgn lepat palas , apa beza . If im not mistaken lah . Tau tau jelah , aku Zuhaira Afeq lah yg menggamatkan kelas di samping Farah jd YB Port Dickson dia tu . 

Lagi satu , orang kalau terserempak dgn Teacher Syira , mesti gelabah ayam . Masa tu lah panik sarung Touch 'n' Go , lepat tudung , turunkan sleeve . Habis perfect lah . Taknak kena marah or cubit , biasa lah cikgu disiplin . Tapi aku dengan selambanya , boleh pula senyum lebar dekat dia sambil buat lawak . Orang pandang aku * dia ni nak mati ke ? Haha , relaks setakat ni Teacher Syira makan nasi lagi and tak pernah makan student :p Oh how i miss 5T members and Seri Puteri . Okay dah :')

Kesimpulannya , kalau terserempak dgn buku 1001 Reaksi Hati ni dekat mana mana kedai buku berhampiran anda . Beli le , tak rugi pun . Kalau malas nak baca , bg jiran sebelah as birthday present or letak dekat library sekolah . Orang baca , jadi sedekah tu :) See , senangkan nak dapat pahala . Islam itu mudah , jangan merumitkannya . Sekian :)

Sorry lah Wani panjang berjela jela :p
And tgk byk smiley aku buat :)
Sedekah hihi

Wednesday, February 1, 2012

Vanilla Coklat (Y)

' Macam ni barulah burung kakak tua , baru best :) '
' Things happen for a reason . I want you to take care of her , love her . Jgn sekali sekali sakiti dia. Dia hak Amir yg halal . '
' Amir , dalam marriage kena banyak give and take . As a man and as a husband , kena banyak sabar , be a gentleman . '

Next week ,
' Girlfriend awak pun risaukan awak . ' 'She is my wife . '
' Takpa kalau jadi apa apa dekat saya , tp saya taknak jadi apa apa dekat awak . '
' Zara , I LOVE YOU '

Tau tak apa aku merepek ni ? Dialog dlm drama Vanila Coklat episod 7 and 8 :) Aku dah officially jd peminat setia cerita ni hihi :)




See , kan dah cakap confirm happy ending :) Sweet nya . Tapi kenapalah nama kau Amir -.-