Thursday, June 28, 2012

English Class :D

Assalamualaikum

First of all , allow me to speak in Malay *Saja nak buat ala ala SSP haha . 

Meh seronok weh class English , Miss Arlina Zura and Miss Syahirah . Serious sporting . Ada sekali ni en , Miss buat game . Macam super spontan tu . Tp in English ah . Mula mula start cam ikut group so takda le feel sgt main . Then after tu decide buat in pair . Rules , takboleh sebut ; yes , no , i dont know . Haaa semua cam ye le taknak speaking bagai . Jd rancang cam nak sebut perkataan di atas so that , the game habis awal . Tp once berdiri depan class semua excited nak main takfikir pun cuak . Serious best ! Nak tulis cane cam taksyok . Rasanya Miss ada record , boleh le nanti aku upload * if ada . And my friends semua cam menganjing tanya soalan pasal this one guy yg kengkonon nya aku crush kat dia -,- Fulamaaaaaaaaaaaak memang blushing terkaku terpempan semua ada . Haila Miss yg tak kenal pun join the club sekali . Dah kbye tutup cerita that guy . Yg pastinya syok ah class .

Saturday, June 23, 2012

Mak Cik's Cafe

Assalamualaikum


See aku rasa mcm tempat ni kitorg yg punya . Dengan Farah punya beg gabok besau kat tepi aku membuatkan aku rasa mcm aku punya je beg tu . Plus brothers semua mcm nak pepandang . Aaaaaa nak balik tp cerita Farah ni cam tak habis download . Hah jap ah .

* Takda idea act just cam nak buat buat busy duduk sini haaaaaa

Sunday, June 17, 2012

Sabar ;)

Assalamualaikum

BALASAN SYURGA PADA YANG SABAR


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a , sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda dalam Hadis Qudsi : Allah s.w.t berfirman : 


" Tidak ada balasan kecuali syurga bagi hambaku yang beriman yang telah Aku ambil kembali kekasihnya (Aku mematikan seseorang yang disayanginya seperti anak , adik-beradik dan sesiapa sahaja yang di sayangi oleh seseorang) dalam kalangan penghuni dunia dan dia hanya mengharapkan pahala daripadaKu (dengan bersabar) . "


(Hadis riwayat Imam Bukhari)

Wednesday, June 13, 2012

Goms , New Home New Life :D

Assalamualaikum

Hello , another post pasal UIA hikhik . Okay kat sini my roommates , Hajar Fariza Adibah . And guess what , diorg called me Ustazah Fatimah . First time tu i was like , whaaaaaaat ? Yelah Ustazah Fatimah ni yg dari Mesir ke apa entah . Taktau google pls . And i called Adibah , Ustazah Mashitah . Fariza , bini muda Imam Muda Hasan . Hajar takda nick name lagi . Pastu aku rapat dgn Tasha Farah Zuhairah tu takyah cite ah . And lg 2 org ni sorang Dayah , i called her Teletubies and Wani , kawan Im kat STP . Diorg ni memang gila gila ah esp Dayah . And also dua org kawan from SMAP Labu , Farah Nadiah and Maisarah . Haaa syok ah baru masuk dah ramai kawan . 

Goms ni berbeza gila dari PJ . PJ panas bahang sampai tidur bangun esok pagi lencun . Goms sejuk bangun pagi gigil gigil . PJ mcm tak le sebesar Goms , jalan tak penat sgt . Goms , batak penat . Ada this one day , buat campus tour . Imagine , muka burn kot . Haaa nampak le betapa jauhnya kena jalan . And lagi satu , Isnin tu kitorg puasa . Tp taktahan punya pasal , jalan for almost 5 kilos plus berbukit bukau lagi . Peeergh taktahan . Mcm nak pengsan pun ada haaa . Sekarang ni class tak start lagi and kitorg mcm lifeless gilaaaa so duduk le Kafe Mak Cik . Wifi sini laju full bars plus ada sampingan food haha .

Oyeaaah , alhamdulillah . My EPT level 6 and APT level 1 . I was expecting for worse kot yg EPT tu sebab time test tu ngantuk gaban mcm apa . APT memang tak boleh bantu , aku tulis nama je haha . So my foundation amik masa 1 yr and a half . And Farah dgn Zuhairah pun sama result dgn aku . Tasha je exempted EPT . So credit , contact hours dia kurang sikit drpd kitorg . Haaaa yg bukan students CFS IIUM ni tlg le buat buat paham je apa aku ckp haha














Kbyeee later update more

My Very First Month In CFS IIUM :)

Assalamualaikum 

Okaaay my first impression bila sampai UIA ni like whoaaaa . Tak sabar nak jumpa kawan kawan sebab almost 30 org kot Eld kat sini plus ada Thira Dayang Aifa lagi . Right before the registration , kenalah jenjalan sikit naik bukit pergi AMF . Daftar seorang diri sebab students je yg dibenarkan masuk . Terasa ah sikit mcm berdikari , tanya brothers sisters semua . After that , we * my family and i were headed to the mahallah . Aku dpt Khadijah tingkat 6 . Alhamdulillah lah ada lift but then first day tu aku angkat barang naik tangga je . Just imagine betapa lah penat lelah aku ayah along Faiz angkat barang . Pheeeewww sebab lift penuh . And first first dpt buku Taaruf Week's Programme tu aku belek belek lah mcm uuuuu free nyaaaaaa . Siap boleh fikir nak berjimba jimba bagai . 

Taaruf Week was awesome tak mcm org lain punya orientation cuma satu je aku tak suka , program dia mesti ada yg bercanggah daripada yg stated dlm buku program . Haaa part tu aku memang benci gilaaaa . Ye aku tau orientation memang lah kena rushing rushing bagai but , at least org lain rushing sebab dah tau program . Tp kitorg kat sini mcm taktau apa apa * almaklumlah dlm buku program mcm free gila . Then yg sisters ni mcm tak reti nak announce awal sikit program . Ni tak 30 minutes before program baru nak ckp . Memang tak ah . Nak tunggu info tu tersebar lagi . So aku pun dgn selamba badak sumbunyaaaaa turun ah lambat 15 minutes at least . Lantak ah siapa suruh buat aku rushing haaaa . And yg best nya sisters sini memang bapak lah punya baik , senyum je tak marah pun kitorg yg late comers ni haha .

Then malam penutup tu , kitorg dak dak Eld semua duduk satu kelompok kecuali Sharah Nadia Aifaa Zain Mira dgn siapa entah aku tak ingat . Memang kitorg bising ah apa lagi . Rindu kot semua orang . Then bergambar gambar sikit , pastu balik packing . Almaklum le esoknya kitorg yg Econs ni kena pindah Gombak pula . 














* Sorry post mcm panjang kali ni , japgi i'll post pasal Goms pulak ye

Monday, June 4, 2012

A Few Hours Left

Assalamualaikum

Okay sekarang dah pukul 4 and guess what , baru habis packing haha . So what , dah biasa dah . Mcm watlek watlu watpis je hikhik padahal pagi nanti nak daftar dah haaaa . Okaaay tu je nak ckp . Later i'll update about UIA semua bagai eh . Ni bakal pergi lama haaa . Kbye take care semua :) 

* Norman , kau duduk rumah takyah goyang kaki je . Baca buku tu .
** Yeah , taksabaaaaaarnya nak masuk UIA ni :D Allah , do ease my way :)

Sunday, June 3, 2012

Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Assalamualaikum ,

Rabbi yassir wala tu assir ya karim

Hoyeaaaah tak sabar nak masuk u , belajar , jumpa kawan , buat kawan baru , pengalaman , kawin awal . Eh haha yg belakang tu gurau je . Haaaa aku nak belajar rajin rajin dulu , nak merasa ada duit sendiri , Lamborghini , banglo semua baru aku fikir kawin . Tp kalau jodoh awal , tak ke mana juga * pulak kenapa cerita pasal kawin ni -.- Hahaha sambung . Aku ada le sikit rasa gementar cuak gelabah gelabit ayam semua . Yelah , environment baru . Eh tak , sangaaaaaaaaaaat baru . Ye le dulu aku sekolah SEMUA PEREMPUAN . Ni nak campur tetiba . Haaaa semoga Allah permudahkan segala urusan aku kat sana :') * Tu lah guna doa kat atas tu , Irfaan pernah bagi dulu . Siapa Irfaan ni ? Kawan sekolah rendah aku der , Irfaan Samsuddin nama dia . And yeah setiap kali aku rasa susah nak buat something or hadapi masalah , aku akan ingat doa ni . Thanks kawan :) 

Miss You Sayang Oi

Assalamualaikum

I stalked your profile , when i'm missed you . 
Tengok semua gambar you tanpa rasa jemu .

Eh tu lirik lagu je tau * tp kekadang tu buat le jugak tp for certain people yg betul betul aku rindu lah haha . And yeah , takyah nak ckp aku stalker . Memang kebanyakan perempuan suka ni kerja kerja meng-stalk org haha . Okaaay merepek . Just nak ckp , i miss you . Eeeeee text pun tak reply . iWonder dekat sana tu takda network coverage ke cane ? Hah sukati le , but just nak ckp . I really really really reaaaaaaaaaaaally miss you . Kbye

Friday, June 1, 2012

Kesilapan

Assalamualaikum

Tiada manusia yang sempurna dan semuanya tidak akan terlepas daripada melakukan kesilapan . Kepada manusia yg lain , maafkanlah kesilapan manusia yang lain dan tegurlah dengan cara yang berhemah . Mungkin manusia lain akan sedar dengan cara ini . Bukan dengan cara melepaskan amarah . Belajarlah bersabar , dan jagalah hati dan perasaan orang lain juga . Sesetengah manusia ingin melepaskan kesalahan dengan menuduh manusia lain sama ada secara sedar atau tidak . Tetapi , mungkin juga ada benar tuduhan itu . Manusia belajar daripada suasana sekeliling . Jika anak kucing dibesarkan di persekitaran yg banyak anak anjing , tidak mustahil suatu hari nanti si anak kucing pula akan menyalak seperti anjing .

#NoteToSelf

Puasa Rejab

Assalamualaikum

Ya Allah , sesungguhnya aku puasa pada hari ini .
Kau sabarkan lah aku untuk menghadapi dugaan ini ya Allah .
Sepertimana aku sabar menahan diri daripada lapar ,
serta perkara yang membatalkan puasa .

* Rejab , bulan Allah . Semoga aku dan org sekeliling dapat keberkatan bulan ini