Wednesday, May 30, 2012

Hati

Assalamualaikum

Hmmm sekarang ni aku serious taktau nak cerita dekat siapa . Ayah ? Mama ? Oh nooo , aku belum bersedia nak tgk mereka sedih esp ayah . Berat ujian Engkau kali ni ya Allah . Aku tau Engkau takkan uji hambaMu dengan dugaan yg tak tertanggung oleh diri mereka sendiri . Tp aku ? Hmmmm Sakinah , pls be tough :/

Ye , memang semua org tanya aku akan ckp * Aku taknak pun fly , nak study dekat Malaysia je . Aku apply overseas pun ayah aku yg beriya suruh * Ye , aku tipu . Aku memang nak sgt fly . Cuma aku buat mcm tu sebab aku rasa , aku tak layak . Bila dpt interview hari tu , aku happy tp aku lagi happy bila ayah aku pun happy sama . Tp sekarang , mcm mana aku nak bg tau ayah aku yg aku takdapat bendalah ni ? He keeps on telling me * Kinah , belajar elok elok . Tunjuk dekat adik kau dua org tu . Boleh jadikan motivasi untuk diorg lebih berjaya * Naaah , what to do now ? 

Ada kawan aku ckp , tunggu dulu sebab official result keluar 1st June . Acc econs semua tak keluar lagi result dia . Then , mcm mana kawan aku yg amik course sama dgn aku , Ausmat dah tau result ? And for sure dia dapat fly nanti . Sedihnyaaaaa aku tgk kawan aku happy dapat scholar sini sana , mara jpa jed bagai . Aku ? Tak , aku masih di sini :/

Ya Allah , i still hv this one little hope . Tolonglah buat mcm nama aku tercicir ke apa ke and on the very 1st june , aku boleh bg berita gembira dkt ayah aku . Pleaaaaaase :'/

Hari Serba Tak Kena

Assalamualaikum

Hmm kenapa lah mesti aku bersedih ni ? Haaaaa takpa kalau aku cerita pun org takkan faham . Ni masalah aku , susah org lain nak faham . Hmmm tp takpalah , aku boleh sabar lagi ni . Hmmmm

* Do your very best esok abang , was planning to gv you a call but then takda mood langsung so tak jadi .
** I need a shoulder to cry on , mana kaaaaaaaaaaaaaau ? :/

Friday, May 25, 2012

Present :3

Hello kita ada laptop baru , parents kita bg . Sebab dapat 9A spm :) Walaupun lambat , tp kita sgt happy :D

* Kita update belog guna laptop baru hikhik kbye as salam ^^

Tuesday, May 22, 2012

Rindu Syuhada :')

Assalamualaikum

Muehehe i got this one feeling , bila dah rindu tu takda ubat dah melainkan jumpa org yg aku rindu :D And yeah , pepagi td dah keluar dengan dak Thira , Wani nak settle pasal UIA thingy . After habis tu tgk jam , awal lagi ni . Wani tanya , nak pergi memana lagi ke . And i was like , pukul 11 pun belum ni jom le terjah Ada . Lama gilaaaaa kot tak jumpa . Rinduuuuuuu :') Bincang bincang dgn Wani *sebab dia yg drive* Pastu call dak Ada berapa puluk kali entah , tp tak angkat . Haaa apa lagi kitorg pun pakat redah je lah . Tp otw tu tetiba teringat Alia , dia ingat lagi kot rumah Ada yg mana . Haaa redah pulak taman lain , cari rumah Alia *almaklum last pergi time raya darjah 6 -.- Nasib senang nak cari . 

Then , teruskan le perjalanan . Cari rumah Ada dibantu oleh Alia . Sekali dah sampai , kosong ke sunyi sepi je . Alia try bagi salam . And yeah , Ada buka pintu . Excited der lama tak jumpa , peluk peluk jap pastu masuk rumah . Ada kata tgh masak sekali aku terjah dapur dia , ceeeeeet baru nak start cerita mcm dah nak siap masak hehe . Sesambil tgk Ada masak , borak gosip semua dgn Alia . Yelah masing masing lama dah tak jumpa . Bila Ada dah habis masak , dia pelawa le makan sana . Nampak sedap Ada masak tu , tp takpalah aku dgn Thira puasa . So , kitorg tgk je Alia dgn Wani makan sambil duk terejal tangkap gambar sama sama :) 

So , naaaah le usha :)















* I puasa jd i tak join makan sama , oh Thira pun 

Chemistry :)

Assalamualaikum

Hell yeah ! Astagfirullah mencarut :3 Haaa tak aku just nak ckp ni , 29th of May tu Isnin depan kan ? Aku malas nak tgk kalendar or kira sendiri pakai jari -.- Terserlah kemalasan aku di situ . Apa yg penting tarikh ni ? Uuuuu date i dgn pakwe i , dia nak dtg Alor Gajah . So i nak usha le tarikh ni kot i busy ke :3 Okay tak sebenarnya Yatemee tanya tadi i masuk UIA tu bila lah bla bla bla . Bila i tanya kenapa ? Dia jawab , oh 29th ni ada dekat Alor Gajah . Tp malangnya belum sempat i tanya dia nak jumpa i ke apa , sekali dia dah off . Tsk tsk T.T Esok le i tanya kat dia . Dah tu apahal pulak entry i ni Chemistry ? Haha sebab i baru ingat nak tegur dia td tp i pergi depan jap ayah panggil . Masuk bilik tgk tetiba je dia dah tegur i hikhik :D

* Pulak dah yg aku ckp i you ni kenapa -.-

Keep Calm

Assalamualaikum

Aaaaa aku doakan kalian . Just be strong insyaAllah everything will be just fine . Saling mendoakan lebih baik :) Good luck , Canada tu jauh weh haaa . Jaga diri jaga iman , kami tunggu kepulangan anda * aiceeeh dia yg tunggu kau actually aku tunggu org lain :p

* You , get well soon :)

Sunday, May 20, 2012

Addmaths

Assalamualaikum

Hari ni first time tidur lambat after a week * kot , aku tidur awal . Bukan sebab berfoya foya atau apa , aku revise addmaths . Kenapa addmaths ? Sebab aku cinta subjects ni :D Haaaa reason tak boleh pakai , nampak sgt penipu . Tak lah act Ada text semalam suruh ajar dia addmaths . Almaklumlah , trial dia dah nak dekat plus skrg ni pun dia tgh exam . Chapter apa tu sampai kena revise bagai ? Niha 5 chapters yg bg aku memang killer ah nak score * org lembap addmaths mcm aku lah ; diffrentiation , intergration , trigonometric function , probability , motion along a straight line . 

First step , pergi selongkar kotak cari notebook and tuto addmaths semua , file , module bagai . Agak agak setengah jam le juga cari , ye lah dah lama tak sentuh :3 Then , bersemangat waja pasang lagu yg agak agak boleh ransang otak aku and prevent ngantuk , serta bancuh nescaffee . Gaya mcm nak stay up dekat SSP je * okay rindu jap :') Dgn lafaz basmallah , doa penerang hati bagai , buka le buku . Phewwwww memang rasa nak meletup kepala sebab tak ingat . Haa okay over tu aku tipu je -.- First chapter aku usha , INTERGRATION . Dah tu je chapter yg bg aku senang sikit . Tp kan ayah ckp , diffrentiation is waaay easier than intergration ni . Eh entah dah aku nak reti yg ni , nak buat mcm mana . Okay hadap module biru ni , belek belek , try recall semua soalan and yeah , DONE ! 

Pastu try ah cari diffrentiation punya module pink tu , sekali naaaaaah tak jumpa :3 Entah mana aku campak -.- Aku yakin module tu ada dgn aku sampai habis paper addmaths sebab Hanim pernah ckp dekat aku * Kinah , ni module kau , simpan * Hah malas nak fikir benda tu , aku usha ah probability pula . Usha punya usha punya usha , dan usha lagi . Semangat dah berkurang . Mengantuk can die . Pagi esok after subuh aku sambung . Serious .

Persoalannya , kenapa dulu time sekolah cg suruh buat hw ke time nak study before exam ke aku takpernah bersemangat waja mcm ni , sanggup stay up sampai mata nak tertutup bagai . Satu perkataan , MALAS . Haaa nasib spm addmaths A juga :3 Tp aku act sanggup buat semua ni sebab , Ada kan nak spm . Aku tau aku tak le pandai mana addmaths , and nak dibandingkan memang dia jauh lebih pandai dari aku . Tp bila once dia text aku minta tolong ajar , i'm touched . At least ada lg org yg menghargai sedikit kepandaian aku dan dia ialah adik aku sendiri . Walaupun aku susah nak faham addmaths ni , tp aku rasa mlm ni laju je aku recall balik semua . I meant , aku ingat lah mcm mana nak solve problem semua . Sebab apa , aku akan try sampai dapat so that esok aku boleh ajar Ada .

Persoalan kedua , kenapa beriya sgt sampai stay up lama lama , tension sensorang revise addmaths ni . Jawapannya , aku sayang Ada . Jadi aku nak dia lebih berjaya dari aku . Walaupun aku tak pernah ckp direct kat dia yg aku syg dia , but trust me somehow aku syg dia lebih dari nyawa aku sendiri * dan family aku yg lain . Aku sanggup kena marah ke pandang rendah ke , tp not my family . Jangan pertikaikan . 

* Ada , good luck trial , spm :) Beat my results . I know you can do it . 

Friday, May 18, 2012

You ,

Hello assalamualaikum

Hai you :) Told ya , nak cakap sendiri i segan . So you baca jelah . 

Act kan , ya know right since bila entah i takrapat dah dengan you . Time tu frankly speaking i segan dgn you or nak tegur you . Tu je . Takda alasan lain . And seriously i adored you , sebab entah i rasa you are waaay to perfect for me . Dari segi you , the way you are lah . Dont get me wrong , okay ? I tgk you confident , baik , dan adalah lagi yg lain yg kalau i nak list sampai esok tak habis kan ? And sorry kalau i ngada ngada dgn you haha i'm just being me . Sorry kalau i annoyed you . I layan semua org sama , jangan risau . Memang i ni ngada ngada kot , entahlah . 

Okay baiklah , straight to the point . You maybe tau i dulu sekolah rendah macam mana . Tp fuhhh dah masuk SSP , i lain . Yeah i mudah terpengaruh dgn suasana sekeliling . I lain sangat dari dulu . Maybe hipokrit kot , ya tu the best word yg i rasa sesuai nak describe i . I malu nak cerita dkt org . I masuk UIA ni sebab i kan i nak perbaiki diri i . And yeah , i solat tu solat lah . Pakai tudung pun , pakai . Cuma tudung tu i rasa just sebagai tanda i Islam . Ya i jahil dan i malu nak mengaku . So , i hope dekat UIA tu i belajar betul betul and insyaAllah . I akan berubah , sikit demi sikit . Doakan i berjaya :)

Nanti dah fly kan , jangan lupakan i pls :) I suka dan berbangga ada kawan mcm you :) Take great care . Nak hantar you before fly boleh ? :D

Wednesday, May 16, 2012

Good Luck Farah :)

Assalamualaikum

Haaai semua , Farah skrg dah ada dekat Perak . Berapa jam lagi dari sekarang dia nak daftar dah dekat UTP * which i keep on bayangkan UM -.-* Haaa belajar rajin rajin , kasi balas dendam sikit untuk result spm kau :) InsyaAllah kali ni kau lebih berjaya :) Err aku maybe takboleh hantar kau or apa tapi jangan risau , kau ada doa aku kat mana mana kau pergi , ingat tu :) Jangan kena buli dgn senior :3 Kbye take great care make sure :D Balik raya jemput dtg rumah hehe

* Aku sentiasa doakan semua kawan kawan aku termasuk kau , walaupun kita takda lah rapat mana pun :)
** I do appreciate semua pertolongan kau , segala cerita aku yg kau dah dengar dan gosip juga tak lupa hihi

Selamat Hari Guru :)

Hello assalamualaikum

Selamat Hari Guru buat mama , Pn Safiyan , ayah En Sallehin , along angah Ada Faiz , cg tc ustazah sensei madamme laoshi *tak reti eja* SSP , cg SKAG1 , semua cikgu di dunia . Tanpa kalian semua , siapalah saya :')

Bagi saya cikgu bukanlah sekadar cikgu yg mengajar di sekolah . Tetapi semua org yang mendidik saya dari kecik sampai lah sekarang . Ye , ayah saya bukan guru di sekolah , tetapi ayah juga merupakan cikgu bagi saya . Begitu juga adik beradik saya yg lain , rakan rakan dan sesiapa sahaja yg pernah mengajar sy dlm mencari erti kehidupan :D

* Sama dgn Mark's sebab aaa mengantuk act hikhik esok update balik lol kbaaai adios

Saturday, May 12, 2012

Blogwalking

Assalamualaikum

Haaaaaa aku makin rindu membuak buak ni dekat kawan semua . Hmm aku touching baca blog someone ni eh tak tak , someone's batch . Bond diorg kuat kot . Yg paling aku kagum , diorg saling menasihati * pasal solat , ibadah , putus asa semua . How sweet . Kawan mcm tu lah aku rasa susah nak cari . Aku bukan tak bersyukur hidup dengan my fellow Eldaterra , but somehow aku jeles tgk diorg yg still keep in touch . Ya , kenangan sekolah lah paling susah nak lupa . Walaupun batch mereka tak sepandai batch kita , tak se-gah batch kita , tp aku sgt kagum dgn bond diorg yg aaaaa susah nak ckp . Maybe korang kena usha sendiri dan hayati setiap post and ayat blog tu , takda satu pun bermegah megah diri or tak saling beringat tentang jalan Allah or memandang rendah antara satu sama lain . Aku suka tgk ahli diorg yg saling mendoakan kesejahteraan org lain :') Bukannya nak suruh spirit batch ke school ke , just i'm impressed dgn mereka . Tp spirit yg membawa ke arah kebaikan dunia dan akhirat , boleh kan ? 

* Thanks Eldaterra , share byk benda bermanfaat dekat Mark's :)

MARA , Was Not That Scary :3

Assalamualaikum :D

Alhamdulillah , thank you Allah . Pheeewww iv MARA dah habis :) Semalam beriya cuak sampai nak gila haha tp bila dah habis tu memang ah aku rasa happy . Aku takda lah power speaking speakang mcm mamat rmc tu , or spoke fluently mcm budak kisas tu . Haaa tergagap gagap pun ada . Cuma aku nak ckp , i made so maaaaaaany new friends and also pengalaman baru :D Haaaa sorry le kalau tetiba dok berjoyah mcm dah lama kenal haha i'm just being me . Part tu lah yg aku excited seronok syok masyuk tu . Hihi sekarang ni tinggal tawakkal , doa je . InsyaAllah kalau ada rezeki , aku fly ah pergi University of New South Wales , Sydney . Aminnnnn :) 

Thanks esp for my parents yg doakan aku takputus putus . Sm wa si Farah Diyana yg bg aku idea for some cases , Farah Ismail yg teman aku semalam research , Farah Zainal yg byk bagi info and selamatkan aku dari ngantuk , Zuhairah yg menghiburkan aku dgn mamat Lan dia tu time skype , Yuyou Syaza Farikha Famas Uyaq yg sempat bincang dgn aku right before iv , and semua lah Anis Wani Hanim Thira Mok Imtiaz Mama Roz Mashitah Fahmy Afif yg doakan aku :) Thankssss a bunch :D

Good luck Afeq Patty Wani :) Kalau aku boleh , korang pun boleh . InsyaAllah :)

Thursday, May 10, 2012

Hang Out XD

Hello assalamualaikum 

Okay semalam , Rabu aku Thira Laila Syera Wani Najmi Hilmi , lepak DP-MP sama sama :) Aaaa first aku nampak dua makhluk lelaki ni , aku terkejut . 2 reasons , 1st tengok dak Hilmi punya rambut :D 2nd tetiba Najmi muncul sekali . Padahal dah kata taknak join -.- 

Seperti biasa , sampai je mesti nak book ticket dulu . Tengok wayang . Aaaa part ni aku rasa nak back hand Najmi haha . Ada ke sesungguh dia ckp nak tgk cerita Berani Punya Budak . Siap bagi evidence lagi cerita ni best , sekali kitorg tgk . Aaaaa mengantuk :3 I wonder tang mana kawan Wani MJ ckp cerita ni best -.- And lagi satu , ada org jeles takdapat join :p Siap kata nak keluar dari skrin lagi time kitog tgk cerita tu :p Uuuuu you know who you are :D

Okay after that , jalan jalan mcm org takda hala tuju . Then , singgah Pizza Hut , makan :D Derrr aku rasa perut senak gila bukan sebab makan banyak , tp sebab gelak banyak . Dengan Hilmi tak habis habis sesi ngorat Laila tu . Thira lagi angkat pizza mcm nak buat char kuew tiaw . Haaaa Wani heartless :3 

Teruskan , after tu karok . Najmi dgn Hilmi pergi archery jap . Kitorg straight pergi box , karok mcm takda org dengar hehe . Sekali dtg ah dua makhluk ni tetiba masuk box org -.- Tak malu , aku tgh syok kot karok dgn dak Thira . Sekali Hilmi sengal pergi jerit * terima kasih kepada peminat peminat saya di luar sana yg menyokong saya bla bla bla ... Heh rasa nak sepuk pun ada , semua org pandang -.- 

And the last part , after say byeee dekat Najmi Hilmi , kitorg pergi lah dekat padang DP  tu tangkap gambar . Siap baring baring mcm takda org sekeliling yg memandang . Haha Syera ckp * Takpa diorg semua tgh dating so takkan pandang kita :P

Haaa okay , the end . Sekarang aku nak cuak balik interview . Kbyeeee

* Nah sikit gambar






UIA , MARA :)

Hello assalamualaikum



I'm so nervous dgn interview interview ni :3 Aaaa i hope everything will be just fine . Ya Allah , saya dah lah darah gemuruh . First time interview pula . Pleaaaase , do ease my way :/ Aminnnnnn

Tuesday, May 8, 2012

UIA , Alhamdulillah :')

Assalamualaikum :)

Ya Allah , aku taktau mcm mana nak gambarkan betapa bersyukurnya aku saat ni . Walaupun aku tau banyak dosa yg aku dah buat , yet terlampau banyak nikmat yg Kau bagi . Dulu aku nak 5A dlm UPSR , Kau bagi . Aku nak 8A PMR , Kau bagi . Aku nak 9A SPM , Kau bagi . Aku nak UIA pun Kau bagi :') Alhamdulillah :)

Kau kuatkanlah semangat aku , aku tau ini jalan terbaik yang Kau beri untuk aku perbaiki hubungan aku dgnMu ya Allah :) Terima kasih , thank you , arigatoune :) Hanya Kau tau apa yg aku rasa :)

Last permintaan aku , kau peliharalah aku , keluarga aku , cikgu yg mendidik aku , rakan rakan , saudara mara , dan saudara seIslam aku  dari segala kejahatan dunia ya Allah , dan matikanlah kami dalam iman :')

08052012

Hello assalamualaikum :)

Sys Maya cantik flawless ,


Wishing you a happy and prosperous birthday ,
and a sweet night of birthday dreams :D
Take care , love ya :)

Sakinah

Sunday, May 6, 2012

Assalamualaikum

Oh yes , i love you . Tapi aku takkan pilih sesiapa buat masa sekarang ni . And i'm strongly belive in love after marriage :) Allah knows what's best for me :')

* This post shouldn't hv any title

Sarapan Sambil Menghayati Ciptaan Tuhan Yang Indah

Hello assalamualaikum

Uuuuu pagi tadi breakfast dgn mama ayah di tepi pantai . Subhanallah , cantik tau . Aaaa rasa nanti everyday nak breakfast mcm tu lagi , dgn husband lah tapi EH haha kidding . Lately ni rasa tak da mood nak blogging or blogwalking . Entah , kosong je rasa sekarang . Okay balik pada topik asal .

Time breakfast tadi tetiba aku rasa nak makan karipap . So , aku ckp kat ayah . Dari balik breakfast sampai nak sampai rumah dah , tak jumpa pun kedai jual karipap . Last last ayah pusing , jumpa satu kedai . Uuuuuu sedapnyaaaaa :) Thanks ayah . Lupa pula , before breakfast tadi ayah tanya kat mama * Nak beli ikan parang ? Aku yg beriya tolong jawabkan * Naaaaak ! Boleh masak sambal , sedap . Haaa ayah pun beli lah . Sampai rumah , pergi rumah jiran jap . Mama gosip pasal rumah lah Ah Lian lah Alex lah . Pastu aku malas nak join , aku usha lah jiran sebelah aku punya rumah . Pergghhh pokok mangga dia banyak buah . Aku pandang mama , sengih . Dia tau lah apa aku nak , pastu dia amik satu . Cakap kat Cik Ani * Dak Kinah ni mcm org mengidam pula . Ayah dia belikan mangga tp takmakan . Katanya sebab takmasam . Aaaa aku pula kena balik , ceh . Thanks mama :)

Then ayah ada keutarakan tadi * Bila nak pergi Perak ? Boleh visit nenek Apis , dia kan tgh sakit . Kesian . Besides , boleh visit Piqah sekali bawak pergi Lumut . Pergi Jumaat , Ahad balik . Hoyeaaaah , i was like AYAH AJAK PERGI PERAK NEXT WEEK ! Uuuuu lama kot aku takpergi sana . Yelah last yr time semua pergi , aku tak join . SPM punya hal , stay je kat school . 

* Ah Lian and Alex tu org yg renovate rumah aku dgn Cik Ani
** Nenek Apis = Nenek angkat aku merangkumi penjaga aku time kecik
*** Taksabar nak pergi Perak , yet aku tak rasa excited mana pun act