Tuesday, October 15, 2013

Lelaki Tua Itu

Dia tak apa apa,
dia cuma terbaring atas katil hospital.

Dia tak apa apa,
dia cuma berselirat dengan 3 wayar sahaja.

Dia tak apa apa,
dia cuma pakai pampers takboleh berjalan pergi bilik air sendiri.

Dia tak apa apa,
dia cuma perlu puasa kerana bakal menjalani ultrasound.

Dia tak apa apa,
ususnya mungkin pecah atau mungkin dia menghidap kanser.

"Sungguh, dia tak apa apa" kata si anak tidak sedar diri dan tidak sedar dek untung.

Bodoh

No comments:

Post a Comment