Wednesday, April 11, 2012

Whempitzzzzz

Hello assalamualaikum

Baca entry tu , faham ? Ah meh aku mudah kan sikit , R E M P I T . Faham dah ? Goooood :) Sebenarnya , tadi aku buka wall seorang hamba Allah ni . Dan aku ternampak satu wallpost pasal , adalah malas pula nak cerita . Okay , aku just nak tunjuk ni , kamus bahasa rempit 

q = aku , uknn = bukan , xpy = takpakai , prly = perli , ktt = ketat 

Hurm agak agak dua tiga kali lah juga aku baca sebab nak fahamkan . Aku bukannya nak menghina org sedemikian ke apa , cuma aku nak cakap yg aku takfaham . Guna ejaan yg betulkan lebih senang . Ada je kawan aku yg ala ala merempit ni tp aku boleh terima lagi bahasa dia . Setakat banyak noktah pun aku boleh terima , tp kalau bahasa rempit tegar mcm di atas sorry weh aku susah nak dapat apa yg kau cuba maksudkan . 

Aku bukannya nak kerek ke apa nanti kan org cakap * Alaa bajet spm dia BM A+ sebab tu lah . Oh tidak sama sekali . Aku pun pernah juga guna tanda baca yg byk , bahasa rempit tapi aku dah sedar . Selain merosakkan bahasa , boleh lah juga membazir masa tenaga dan wang ringgit guna bahasa ni . Kalau nak short form-kan pun , jgn lah sampai hiperbola . Serius org boleh salah faham .

Lagi bahasa yg menyakitkan mata dan menggeliatkan lidah aku , 

HerL0wW , awArX dAh maM keW bEwl0M ??? SayEw taT uAr skuNx nieW .

Yang ni lagi masalah der , tak penat ke nak type text mcm ni ? Kejap besar kejap kecik . Kalau tgh chat ke apa , kejap caps on kejap off -.- Hailaaa penat tau . Aku tau practise makes perfect tp alaaa jangan lah guna mcm ni . Aku taktau lah tp aku rasa negara lain pun tak guna kaedah ni weh .

Dan aku bukanlah bagus sgt pun Bahasa Melayu ni , tapi at least aku rasa bahasa yg aku gunakan walaupun bukan bahasa baku tp still org boleh faham kalau baca . Nasihat saya , bahasa tu jangan lah merempit tepi jalan . Kalau nak rempit pun , rempit lah tapi berpada pada . Maybe org rasa style but for me , aku susah nak faham . Maaf kalau ada yg terbaca ni nak marah , aku sampaikan pandangan aku je . And siapa yg terbuka hati nak perbaiki bahasa , silalah :) Sekian .

No comments:

Post a Comment