Monday, March 19, 2012

Adam Pembela Hawa :')

Hello assalamualaikum

Adam itu . Kalau ada perempuan yang tidak balas salamnya , dikata sombong .
Adam itu . Kalau ada perempuan yang diam bila ditanya , dikata berlagak .
Adam itu . Kalau ada perempuan yang tidak senyum kepadanya , dikata poyo .
Adam itu . Kalau tidak ada perempuan yang membalas mesejnya , dikata kerek .
Adam . Perempuan bagaimana yang engkau mahu jadikan calon isteri ?
Perempuan yang dengan senang hati memberi salam kepada semua lelakikah ?
Perempuan yang banyak bicaranya dengan melunakkan suaranyakah ?
Perempuan yang murah senyum dan tawanya untuk semua lelakikah ?
Atau ..
Perempuan yang sentiasa berkepit dengan telefon
tidak hirau kiri kanan membalas mesejmu kah ?
Ini kah calon mu wahai Adam ?
Ketahui ini wahai Adam ,
Sungguhnya , perempuan itu manja .
Suka dibelai . Suka dikasih .
Namun , Adam .
Tahu apa erti batas pergaulan ?
Jangan sewenang-wenangnya kau panggil perempuan itu sombong , berlagak , poyo dan kerek . 

Kerana ,
Bahawa perempuan itu menjaga aib kamu .
Bahawa perempuan itu membantu kamu .
Menghindar dari dosa .
Menjauh dari kehinaan .
Kerana perempuan itu fitnah dunia .
Perempuan itu fitnah bagi kamu .
Adam ,
Perempuan ini insan yang lemah .
Jangan kau cemar imannya .
Jangan kau rosakkan mujahadahnya .
Jangan kau kotori kasih dan cintanya pada Ilahi .
Kerana perempuan itu sedang berperang melawan nafsunya .
Kerana perempuan itu sedang sedaya upaya menahan dirinya .
Adam ,
Andai kau kasih dan sayang pada perempuan .
Andai kau mahu membela nasib perempuan-perempuan di luar sana .
Andai kau mahu perempuan seperti itu menjadi suri dalam taman hati .
Ibu kepada bakal pejuang agama .
Doa buat mereka .
Doa buat dirimu .
Agar ada redha Allah dalam setiap amalanmu dan perempuan itu .
Kerana Adam adalah pembela Hawa
Via iluvislam.com

No comments:

Post a Comment