Friday, February 3, 2012

Setiap Amalan Merupakan Sedekah :)

Hello assalamualaikum :)

Hello tu memandangkan stalker baru non-Muslim , takkan dia nak jawab salam kan ? So hello , nice to meet you :) Haha tiba tiba . 

Okay sebenarnya macam takda idea nak tulis apa . Tapi disebabkan dah cakap dekat Wani nak post something and sure esok dia nak blogwalking , so perah punya perah otak ni . Naaaah , i got an idea (Y)

First , malam ni malam Jumaat kan ? And td after solat Maghrib , aku terus amik Yaasiin and baca . Rasa mcm dah lama tak baca , rindu :') Aku doa mcm mcm and not to mention here . Orang kata kalau bgtau doa , susah nak makbul . Ye ke ? Entah lah , tp no point pun kalau aku bgtau aku doa apa kan ? Haha okay . Then aku ada lah baca satu buku ni , kak long's tajuk nya 1001 Reaksi Hati . Aku tak ingat siapa penulis dia yg pasti Ustaz apa entah and one guy named Nik something . Yang menariknya buku ni ditulis berdasarkan hadis and diolah dgn grafik yg menarik untuk menarik minat orang baca di samping mudah untuk difahami :)

Aku tertarik dekat satu muka surat ni , cakap pasal sedekah . 
' Setiap kebaikan itu merupakan sedekah ' 
* Gambar yg disediakan sangat menarik , ada seorang pengemis . Then dtg dua tiga org , bersihkan kawasan sekitar tempat pengemis , cat dinding , gunting rambut . Nanti upload gambar :)

Dulu time zaman tak berpelajaran sangat , aku ingat sedekah kena guna duit , banyak . Then , tangkap gambar , pegang cek besar . Astaghfirullah , kolot aku masa tu . Alhamdulillah , lepas belajar , aku faham maksud sedekah :) Okay , cuba buka buku teks tingkatan 5 Pendidikan Agama Islam , tajuk Adab Memberi Dan Menerima Hadiah Dan Sedekah . Basically ada 6 cara bersedekah berdasarkan buku teks tu ;

1. Senyuman 
Semua orang tau kan ? Nak sedekah senang je , senyum :) Selain menyejukkan mata memandang , boleh juga dapat pahala .
2. Amar Makruf Nahi Munkar
Maksudnya , mengajak ke arah kebaikan , mencegah kemungkaran . Kita ajak orang buat baik , dapat pahala . Cegah orang buat jahat , dia tak dapat dosa kalau dia tinggalkan kemungkaran , kita dapat pahala :)
3. Menyelesaikan Masalah Orang Lain
Tunjukkan jalan bagi orang yg sesat , pun dikira sedekah . Menyelesaikan masalah orang , juga sedekah . So , yg dekat sekolah tu kalau ada kawan tak reti Addmaths ke Account ke , tolong lah ajar . Dapat pahala :)
4. Membuang Perkara Menyakiti Di Jalan
Maksudnya bukan lah kita buang benda yg sakit dekat jalan . Tapi , kita tolong alihkan benda yg menghalang lalu lintas . Sebagai contoh , ada pelepah kelapa . Kalau kita amik letak tepi jalan , setiap kesenangan org yg lalu jalan tu kita dapat pahala :)
5. Wang Atau Harta
6. Khidmat 
Naaaah , ni lah yg dalam buku tu tunjuk , khidmat kepada peminta sedekah . Bukan tu je , setiap pertolongan kita yg membawa kepada kesenangan orang , dikira sedekah dan dapat pahala :)

Senang je kan nak sedekah ? Paling senang , senyum :) Dulu dekat sekolah , kalau orang rasa nak marah ke apa aku start lah lawak bodoh aku * im surely 5Tekunians tau :) semata mata nak buat orang tak jadi marah . Tp kadang kadang seram juga , karang tak pasal pasal kena sembur -.- Time kelas BM pun sama , Cikgu Rosmawati boleh lah dikategorikan sebagai garang . Bila nak cover tak siap homework je , adalah kitorang buat . Memanjang manjang kan discussion dan akhirnya jadi sesi gelak ketawa :) Aku ingat yg paling lawak pasal ketupat palas dgn lepat palas , apa beza . If im not mistaken lah . Tau tau jelah , aku Zuhaira Afeq lah yg menggamatkan kelas di samping Farah jd YB Port Dickson dia tu . 

Lagi satu , orang kalau terserempak dgn Teacher Syira , mesti gelabah ayam . Masa tu lah panik sarung Touch 'n' Go , lepat tudung , turunkan sleeve . Habis perfect lah . Taknak kena marah or cubit , biasa lah cikgu disiplin . Tapi aku dengan selambanya , boleh pula senyum lebar dekat dia sambil buat lawak . Orang pandang aku * dia ni nak mati ke ? Haha , relaks setakat ni Teacher Syira makan nasi lagi and tak pernah makan student :p Oh how i miss 5T members and Seri Puteri . Okay dah :')

Kesimpulannya , kalau terserempak dgn buku 1001 Reaksi Hati ni dekat mana mana kedai buku berhampiran anda . Beli le , tak rugi pun . Kalau malas nak baca , bg jiran sebelah as birthday present or letak dekat library sekolah . Orang baca , jadi sedekah tu :) See , senangkan nak dapat pahala . Islam itu mudah , jangan merumitkannya . Sekian :)

Sorry lah Wani panjang berjela jela :p
And tgk byk smiley aku buat :)
Sedekah hihi

No comments:

Post a Comment